Home GlobalIsrael arah penduduk Gaza pindah dan berundur dari kawasan utara

Israel arah penduduk Gaza pindah dan berundur dari kawasan utara

by M.Daim
A+A-
Reset

GAZA, 13 OKT – Tentera Israel (IDF) telah mengarahkan kesemua penduduk dari bandar Gaza untuk berpindah.

Arahan yang dikeluarkan oleh IDF itu turut mengarahkan para penduduk untuk mencari perlindungan di Wadi Gaza, kawasan berhampiran Nuseirat dan Bureij di tengah genting Gaza.

“Kumpulan Hamas telah mengisytiharkan perang terhadap Israel dan bandar Gaza akan menjadi kawasan operasi tentera,

“Arahan ini adalah untuk memastikan keselamatan nyawa penduduk awam Gaza,” kata IDF melalui saluran rasmi mereka.

Tambahnya, penduduk Gaza dilarang sama sekali untuk menghampiri kawasan pagar yang didirikan Israel.

Sementara itu, IDF menyatakan jet-jet pejuangnya telah melancarkan serangan terhadap 750 sasaran di Gaza dalam tempoh semalaman.

Pengumuman yang dikeluarkan oleh Tentera Israel (IDF) yang mengarahkan penduduk Gaza berpindah,

Menurutnya, sasaran yang digempur adalah kawasan yang diduduki Hamas termasuk sebuah bangunan.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan pihaknya telah menerima makluman daripada Israel berhubung pemindahan penduduk Gaza.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan berkata, arahan tersebut adalah mustahil untuk dilakukan dan akan menjadikan situasi kemanusiaan di Gaza menjadi bertambah buruk.

Arahan dikeluarkan oleh IDF sekaligus memberikan bayangan operasi tentera darat akan dilancarkan oleh Tel Aviv pada bila-bila masa. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Gaza #Palestin #Israel

Related Articles

Leave a Reply