Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
#Semasa: Pertuduhan palsu, bermotifkan politik – Muhyiddin – Air Times News Network
Home Semasa #Semasa: Pertuduhan palsu, bermotifkan politik – Muhyiddin

#Semasa: Pertuduhan palsu, bermotifkan politik – Muhyiddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan 4 pertuduhan salah guna kuasa melibatkan rasuah yang dikenakan terhadapnya, bermotifkan politik.

Muhyiddin, 76, berkata, pertuduhan itu juga disifatkan sebagai palsu dan penyalahgunaan kuasa mahkamah oleh pihak tertentu terhadap dirinya.

Beliau berkata, susulan pembebasan itu, beliau akan terus berusaha dan menjelaskan kepada masyarakat mengenai tindakan yang dibuat oleh pihak yang menganiayainya.

“Sebelum ini, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku, saya dimaklumkan ini merupakan kes pertama,

“Sejak awal lagi pertuduhan berkenaan adalah bermotifkan politik sedangkan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dari sudut undang-undang di bawah SPRM atau undang-undang jenayah lain,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas dibebaskan daripada 4 tuduhan salah guna kuasa untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu, pagi tadi.

Terdahulu, mahkamah membebaskan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu selepas membenarkan permohonannya untuk membatalkan 4 tuduhan salah guna kuasa melibatkan suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa keempat-empat pertuduhan tersebut adalah cacat, tidak berasas dan kabur.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin berkata, keyakinannya untuk dilepaskan daripada kes mahkamah ini terbukti apabila hakim turut memutuskan perkara yang sama. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?