Home Semasa Mogok Doktor Malaysia gagal lumpuhkan perkhidmatan kesihatan – Dr Zaliha

Mogok Doktor Malaysia gagal lumpuhkan perkhidmatan kesihatan – Dr Zaliha

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Apr – Penganjuran Mogok Doktor Malaysia pada 3 hingga 5 April lalu gagal melumpuhkan sistem perkhidmatan kesihatan negara.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, mogok tersebut dijangka melibatkan seramai 8,000 hingga 12,000 doktor-doktor kontrak seluruh negara namun tidak mendapat sambutan.

“lanya dilihat lebih bersifat ancaman dan provokatif seta mempunyai kepentingan tertentu sehingga sanggup mengambil kesempatan terhadap keselamatan dan nyawa rakyat,

“Saya ingin tekankan mogok bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik bagi menangani permasalahan yang timbul, sebaliknya perkara tersebut perlu ditangani secara berhemah dan profesional menerusi platform yang betul,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Zaliha turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pelbagai pihak khususnya kepimpinan tertinggi KKM dalam mendepani isu doktor kontrak.

“Terima kasih kepimpinan tertinggi KKM, Pengarah-pengarah Kesihatan Negeri dan hospital serta ketua perkhidmatan dalam kesiap siagaan mereka berdepan dengan sebarang kemungkinan tempoh hari,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa mogok bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik bagi menangani setiap permasalahan yang timbul, sebaliknya perkara tersebut perlu ditangani secara lebih berhemagh dan profesional menerusi platform yang betul. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply