Home SemasaGlobal Kapal selam AUKUS: Tiada perjanjian untuk pertahankan Taiwan – Australia

Kapal selam AUKUS: Tiada perjanjian untuk pertahankan Taiwan – Australia

by M.Daim

SYDNEY, 20 Mac – Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles menegaskan tiada sebarang perjanjian yang memerlukan negaranya untuk membantu Amerika Syarikat dalam sebarang konflik ketenteraan di Taiwan.

Beliau mengulas persoalan sama ada Australia akan membantu AS dalam sebarang konflik ketenteraan di Taiwan sebagai timbal balas kepada perolehan kapal selam baharu negara itu di bawah rangka pakatan AUKUS.

“Tidak dan ia tidak dibangkitkan langsung,” katanya yang dalam wawancara ABC.

Australia bakal menerima 3 buah kapal selam berkuasa nuklear kelas Virginia sebelum menerima kapal selam baharu SSN-AUKUS.

Kerajaan Australia menegaskan perolehan kapal selam bernilai US$246 bilion ini penting bagi mengimbangi perkembangan kekuatan China di kawasan serantau. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply