Home Teknologi Pertahanan Boeing akan hasilkan 184 buah helikopter Apache

Boeing akan hasilkan 184 buah helikopter Apache

by M.Daim

ARIZONA, 20 Mac – Syarikat Boeing menyatakan pihaknya akan menghasilkan 184 buah helikopter Apache untuk Tentera Darat Amerika Syarikat (US Army) serta pelanggan antarabangsa termasuk Australia.

Menurutnya, pihak US Army akan menerima 115 buah Apache yang dikilangkan semula serta 15 buah lagi untuk opsyen perolehan tambahan.

Manakala 54 buah lagi akan diberikan kepada negara pelanggan antarabangsa yang memperolehi helikopter tempur ini melalui Foreign Military Sales (FMS).

Timbalan Presiden Program Helikopter Tempur, Christina Upah menyatakan pihaknya akan mempertingkatkan keupayaan tempur US Army dan menyokong keperluan negara rakan.

“Kita mengucapkan selamat datang kepada pelanggan baharu Apache, Tentera Darat Australia,

“Kontrak ini menunjukkan keperluan helikopter Apache di peringkat antarabangsa,” katanya.

Kerajaan Australia sebelum ini telah memuktamadkan perolehan 29 buah helikopter Apache bagi menggantikan peranan helikopter tempur Airbus Tiger.

Menteri Industri Pertahanan Australia telah menandatangani perolehan tersebut di semasa pameran Avalon Airshow di Melbourne pada 1 Mac. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply