TEHRAN, 19 Mac – Tentera laut Iran, China dan Rusia telah melaksanakan operasi dan latihan bersama di utara kawasan perairan Lautan Hindi.
Pelayaran bersama ini melibatkan aset-aset permukaan ketiga-tiga negara di bawah rangka kerjasama latihan 2023 Maritime Security Belt.
“Angkatan laut ketiga-tiga negara telah berlatih untuk menawan semula bot yang dirampas lanun di perairan antarabangsa,” kata jurucakap latihan, Rear Admiral Mostafa Tajoddini yang dipetik oleh media Iran.
Menurut beliau, anggota pasuka khusus dari Iran, China dan Rusia telah menaiki helikopter SH-3 milik Tentera Laut Iran bagi menawan semula bot tersebut.
“Latihan ini mempertingkatkan kerjasama multilateral di antara ketiga-tiga negara dalam mendukung keamanan dan kestabilan serantau serta perairan antarabangsa,” kata laporan itu. – airtimes.my