Home Semasa Tuntutan waris Sultan Sulu: Kita pertahankan kedudukan – Petronas

Tuntutan waris Sultan Sulu: Kita pertahankan kedudukan – Petronas

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 17 Feb – PETRONAS hari ini menegaskan bahawa tuntutan waris Sultan Sulu yang menyebabkan 2 unit asetnya di Luxembourg sebagai tidak berasas.

Menurutnya, tuntutan yang dilakukan oleh waris kesultanan terbabit sebagai tidak berasas.

“Petronas menegaskan tindakan waris Kesultanan Sulu terhadap 2 anak syarikat di Luxembourg adalah tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Semalam, media antarabangsa melaporkan 2 unit aset Petronas telah disita oleh Mahkamah Luxembourg. Menurut laporan itu, perintah menyita aset terbabit dilakukan untuk kali kedua dalam kes tuntutan oleh waris Kesultanan Sulu.

“Semua usaha kini tertumpu kepada Prosiding Pengesahan di mana pihak mahkamah akan menentukan merit tuntutan dan Luxcos mempunyai hak untuk pembelaan,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?