Home Politik Muafakat Nasional akan diaktifkan sebagai NGO – Annuar Musa

Muafakat Nasional akan diaktifkan sebagai NGO – Annuar Musa

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa hari ini menyatakan Muafakat Nasional akan diaktifkan sebagai NGO.

Beliau menyatakan perkara tersebut ketika mengulas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Menurut Annuar, proses pemilihan telah selesai setelah Istana Negara mengeluarkan kenyataan rasmi dan seorang Perdana Menteri telah dilantik mengikut Perlembagaan Negara.

“Keputusan ini perlu di patuhi dan titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong wajar di patuhi.

“Tumpuan sekarang haruslah kepada Kerajaan yang berwibawa dan mampu membawa kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat.

“Semua perhimpunan dan aktiviti yang boleh membawa kepada ketidakharmonian perlu dihentikan,

“Selari dengan perkembangan terkini, Muafakat Nasional sebagai sebuah NGO akan diaktifkan untuk memupuk nilai muafakat, perpaduan ummah dan keutuhan sistem politik negara yang lebih baik, berpaksikan Ruku Negara dan Perlembagaan Malaysia,” katanya sebagai Pengerusi Muafakat Nasional. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply