Home Politik Jika benar Anwar layak jadi PM, sila kemuka jumlah sokongan – Muhyiddin

Jika benar Anwar layak jadi PM, sila kemuka jumlah sokongan – Muhyiddin

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Presiden Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan cabaran kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendedahkan jumlah sokongan ahli Dewan Rakyat yang melayakkan Presiden Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin dalam satu sidang media berkata, langkah tersebut diambil adalah demi keyakinan rakyat akan keabsahan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Adalah wajar beliau membuktikan sokongan majoriti Dewan Rakyat. Ini hendaklah dibuktikan dengan proses yang ditetapkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat dengan mengemukakan surat-surat akuan berkanun oleh ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan kira-kira 15 minit sebelum Anwar Ibrahim mengangkat sumpah di Istana Negara.

Presiden PN menegaskan beliau telah mendapat sokongan 115 ahli Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan baharu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply