Home Semasa NGO: Lucut kerakyatan individu ugut bunuh Agong

NGO: Lucut kerakyatan individu ugut bunuh Agong

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Kumpulan NGO Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat) hari ini menggesa individu yang didapati mengugut bunuh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dilucutkan kerakyatan.

Perkara tersebut disampaikan oleh Pengerusi Amal Sejagat, Cikgu Izzat Johari.

Menurut beliau, tindakan tidak bertanggungjawab itu adalah satu perkara yang sukar diterima dan tidak boleh dikompromi.

“Amal Sejagat mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM kerana segera menahan lelaki tersebut tetapi berharap bukan sekadar menahan tetapi mengambil tindakan segera menerusi PEGUAM NEGARA untuk melucutkan kerakyatan lelaki tersebut kerana telah berani mengancam bunuh kepada Agong,

“Ini perkara serius malah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia yang cintakan kedaulatan negara,

“Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam Malaysia dan apabila ada ancaman bunuh kepada Ketua Agama Islam, kami tak tidak mahu lelaki tersebut ada lagi dalam Malaysia,” katanya.

Beliau menambah, pihak Amal Sejagat akan mengikuti rapat kes ini dan akan merujuk kepada PDRM sehingga lelaki ini betul-betul dikenakan tindakan berat atau sebaliknya.

Terdahulu, pihak Ketua Polis Selangor, CP Datuk Arjunadi Mohamad mengesahkan seorang lekaki berusia 35 tahun telah ditahan di sebuah rumah sekitar Kajang kerana memuatnaik kandungan berunsur hasutan terhadap Agong.

“Pemilik akaun terbabit telah membuat kenyataan tidak berpuas hati terhadap Agong dalam pemilihan Perdana Menteri Malaysia,

“Suspek turut melabelkan salah satu kaum dalam negara ini sebagai korupsi serta menghasut orang ramai untuk membuat demonstrasi bagi membantah kuasa Agong dalam pemilihan Perdana Menteri,” kata Arjunaidi dalam satu kenyataan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply