Home Semasa Polis tahan 5 lelaki, rampas 46,000 liter diesel bersubsidi

Polis tahan 5 lelaki, rampas 46,000 liter diesel bersubsidi

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 6 Sept – Polis Johor berjaya menahan 2 lelaki warga tempatan dan 3 warga asing dipercayai terlibat aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Operasi Kontraban di 3 lokasi sekitar Johor Bahru, pada Isnin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan bermula pada jam 2 pagi itu, sebanyak 46,000 liter diesel, sebuah lori dan wang tunai membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM159,722 telah dirampas.

“Pada 5 September jam 2.00 pagi, sepasukan polis terdiri dari Unit Risik dan Task Force PSP Johor telah membuat serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Harimau, Taman Abad,

“Dalam serbuan tersebut pihaknya telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun dan merampas sebuah lori bersama muatan minyak diesel bersubsidi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kamarul Zaman berkata, susulan daripada penahanan tersebut di lokasi berasingan, pihaknya telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun di Taman Tun Ungku Aminah kira-kira jam 2.30 pagi.

“Polis merampas wang tunai dipercayai digunakan untuk melakukan transaksi pembelian diesel bersubsidi sekitar Johor Bahru,

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati kedua-dua suspek pernah ditangkap dibawah kesalahan Aktta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Katanya, rentetan penahanan 2 suspek terbabit, polis menyerbu sebuah tempat penyimpanan diesel bersubsidi di Taman Perindustrian Maju Jaya, Kempas kira-kira jam 11.30 pagi.

“Hasil serbuan tersebut telah berjaya menahan 3 orang suspek lelaki warga asing berusia 26 hingga 34,” jelasnya.

Menurut Kamarul Zaman, diesel yang dirampas bernilai sebanyak RM105,800.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) Akta yang sama memperuntukkan denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga 3 tahun atau kedia-duanya,” tegasnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply