Home Pertahanan dan Keselamatan Eksesais RESTORE HOPE uji kompetensi kontinjen MALBATT 850-10

Eksesais RESTORE HOPE uji kompetensi kontinjen MALBATT 850-10

by Air Times News Network

PORT DICKSON, 6 Sept – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaksanakan Eksesais RESTORE HOPE Malaysia Battalion 850-10 (MALBATT 850-10) bagi menguji tahap kompetensi pegawai dan anggota misi pengaman mulai 6 hingga 8 September ini di MALBATT Village dan kawasan sekitar Port Dickson.

Markas Angkatan Bersama dalam hantaran di media sosialnya berkata, objektif latihan ini adalah bagi memberi pendedahan dan kemahiran kepada anggota kontinjen MALBATT 850-10 di dalam pelaksanaan tugas pengaman.

“Eksesais ini beri pendedahan melalui pengoperasian Tactical Operation Center (TOC), pematuhan aspek-aspek kemanusiaan iaitu Protection of Civillian (POC), Women, Peace and Security (WPS), Rules of Engagement (ROE), Code of Conduct (COC) dan hak asasi kemanusiaan di mana ianya dipraktikkan di kawasan misi kelak,” katanya.

Eksesais ini dilaksanakan selepas semua kontinjen MALBATT 850-10 fasa Lane Training.

Menurutnya, sebanyak 6 lane akan diuji merangkumi Road Check Point, UN Designated Site (UNDS), Cordon and Search, Foot Patrol, Vehicle Patrol, Convoy and Escort dan RANKON.

“Eksesais ini dikendalikan oleh Pusat Pengaman Malaysia bersama fasilitator yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang masing-masing serta Role Player yang bertindak merealisasikan senario sebenar berpandukan kepada Training Management Planning (TMP) Malaysian Battalion Pre Deployment Training (PDT) yang telah dibangunkan,” ujarnya.

Eksesais ini telah disempurnkan oleh Pengarah J3 Operasi Global, Markas Angkatan Bersama, Kolonel Muhammad Noruladzim M Taifor TUDM.

Turut hadir, Komander MALBATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman Ramli.

Pada masa sama, turut diadakan acara pemakaian toha kepada Leftenan Kolonel Hadiat Sepie selaku Ketua Exercise Controller (EXCON), Leftenan Kolonel Roslan Mohd Zin selaku Ketua Exercise Evaluation Team (EET), Leftenan Kolonel Mohamed Amin Dollah@Abdullah selaku Pelaku Biru dan Mejar Kamarularifin Kamarulzaman selaku Pelaku Merah. – airtimes.my

Eksesais ini telah disempurnkan oleh Pengarah J3 Operasi Global, Markas Angkatan Bersama, Kolonel Muhammad Noruladzim M Taifor TUDM

Related Articles

Leave a Reply