Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Gerakan Tanah Air guna logo obor tanding PRU-15

Gerakan Tanah Air guna logo obor tanding PRU-15

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Gerakan Tanah Air (GTA) akan menggunakan logo obor dengan dengan api menyala sebagai lambang gabungan 4 buah parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurut Ketua Setiausahanya, Datuk Marzuki Yahya, logo berkenaan sudah dipersetujui jawatankuasa penaja GTA bagi digunakan semasa kempen PRU-15 kelak di seluruh negara.

“Ini bukan imej keris tetapi bentuk obor dengan ada api di atasnya menyala marak sebagai simbol GTA membawa cahaya kepada seluruh rakyat,” katanya pada Selasa.

Terdahulu, beliau bersama-sama jawatankuasa penaja telah menyerahkan permohonan GTA yang ditubuhkan 4 Ogos lalu di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Sementara itu, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berharap, RoS akan mempertimbangkan dan meluluskan permohonan itu dengan segera seperti mana hak berpersatuan yang dijamin dalam Perlembagaan.

“Itu tujuannya kami mohon pendaftaran ini, kalau tidak kami boleh sahaja bertanding secara bersendirian,

“Tapi kita rasakan lebih baik kalau 4 parti dapat bergabung serta mengelakkan pertembungan diantara keempat-empat parti,

“Sebaliknya kami menawarkan kepada rakyat satu gabungan baru iaitu Gerakan Tanah Air yang setanding dengan gabungan lain yang sedia ada seperti Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN)

“Kita harap GTA ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya,” tambahnya.

Pada 4 Ogos lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan GTA berteraskan agenda Melayu dan Islam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, gerakan ini melibatkan gabungan parti PEJUANG, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Perikatan India Muslim Malaysia (IMAN), Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), badan bukan kerajaan (NGO), ahli profesional dan akademik serta individu tertentu.

Selain itu, beliau turut mengumumkan 5 lagi nama pemimpin tertinggi gerakan itu iaitu Datuk Mohamed Ismail (Bendahari); Datuk Nizam Mahshar (Ketua Penerangan); Datin Paduka Che Asmah Ibrahim (Sayap Wanita) dan Nasrul Ali Hasan Abdul Latif (Sayap Pemuda) dan Azliza Rajain (Sayap Pemudi). -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply