Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut KD Laksamana Hang Nadim usir 13 bot nelayan asing ceroboh perairan negara

KD Laksamana Hang Nadim usir 13 bot nelayan asing ceroboh perairan negara

by Air Times News Network

LUMUT, 6 Sept – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Kapal Diraja (KD) LAKSAMANA HANG NADIM berjaya mengusir 13 buah bot nelayan asing dari memasuki perairan negara berhampiran Pulau Perak, semalam.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat dalam kenyataan memaklumkan, Control Reporting Center (CRC) Kuantan berjaya mengesan bot tersebut di kedudukan 65 batu nautika Tenggara Pulau Perak melalui pesawat CL 415 MP milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Seterusnya maklumat tersebut telah disalurkan kepada Pusat Operasi Armada (POA).

“KD Laksamana Hang Nadim dalam penugasan Operasi Benteng Laut telah diaturgerakkan ke lokasi berkenaan sejurus maklumat diterima,

“Sebanyak 13 bot tersebut berjaya dikesan oleh KD Laksamana Hang Nadim berada dalam posisi yang telah diberikan,” katanya.

Menurutnya, KD Laksamana Hang Nadim telah melaksanakan tindakan pengusiran kesemua bot asing dan kekal mengawal sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara,” ujarnya.

Sehubungan itu, TLDM akan sentiasa memperkasakan rondaan di perairan negara dalam usaha memastikan kedaulatan dan khazanah negara kekal selamat dan terpelihara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply