Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Nahas helikopter Lumut: Waris mangsa terima pampasan Takaful Gadai Janji LPPSA

Nahas helikopter Lumut: Waris mangsa terima pampasan Takaful Gadai Janji LPPSA

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 JUN – Tujuh waris mangsa insiden helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut pada 23 April lalu menerima surat Pengesahan Penyelesaian Pembiayaan Perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Penyerahan replika cek pampasan Takaful Gadai Janji Penyelesaian Pembiayaan LPPSA berjumlah RM1,958,766.33 telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Mohd Farid Datuk Nawawi kepada Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksamana Muda Datuk Pahlawan Abd Halim Shaari dalam satu majlis di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.

Pihak LPPSA seterusnya menyerahkan surat Pengesahan Penyelesaian Pembiayaan Perumahan LPPSA kepada waris pegawai serta anggota yang masih mempunyai pembiayaan perumahan LPPSA.

“Inisiatif ini diambil bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka dalam situasi yang sukar ini,

“Usaha LPPSA ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan pelanggan mengenai perlindungan Takaful Gadai Janji yang melindungi pembiayaan perumahan dengan LPPSA,” jelas LPPSA menerusi hantaran di media sosialnya, pada Jumaat.

Penyerahan replika cek pampasan Takaful Gadai Janji Penyelesaian Pembiayaan LPPSA telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Mohd Farid Datuk Nawawi kepada Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksamana Muda Datuk Pahlawan Abd Halim Shaari dalam satu majlis, hari ini. Foto: LPPSA

Turut hadir, Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Markas ATM, Brigadier Jeneral Hamdan Ahmad TUDM; Ketua Pegawai Operasi LPPSA, Zuwardi Zubir; pegawai-pegawai LPPSA; wakil TLDM dan wakil waris pegawai serta anggota yang terlibat.

Dalam tragedi pada 9.32 pagi, TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan 7 kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan 3 kru Fennec TLDM.

Kesemua mereka terkorban ketika sedang melaksanakan latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90. -airtimes.my

#airtimes #pertahanan #TLDM #LPPSA #nahashelikopter #malaysia

Related Articles

Leave a Reply