Home Semasa Anwar, Muhyiddin setuju henti pertikaian peribadi

Anwar, Muhyiddin setuju henti pertikaian peribadi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk memberhentikan pertikaian peribadi mereka serta prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menerusi kenyataan bersama, 2 pemimpin itu berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira saranan Hakim Mahkamah Tinggi dan keadaan semasa negara terutama melibatkan kelangsungan hidup rakyat.

“Kami setuju dan mengambil keputusan untuk memberhentikan pertikaian peribadi dan prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” menurut kenyataan bersama itu.

Menerusi kenyataan itu, kedua-dua pemimpin juga berharap keputusan itu dapat diterima dan dihormati oleh semua pihak.

“Anwar dan Muhyiddin turut bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan terkait perkara ini,

“Anwar dan Muhyiddin berharap agar perkara ini tidak dijadikan bahan yang boleh menggangu-gugat kesejahteraan dan kestabilan awam serta keyakinan rakyat kepada Institusi Kehakiman Negara,” jelas kenyataan itu lagi.

Tahun lalu, Muhyiddin menyaman Anwar dengan mendakwa perdana menteri itu memfitnahnya membabitkan isu pelupusan hutang peneroka Felda.

Anwar pula menyaman Ahli Parlimen Pagoh itu kerana dakwaan beliau menerima RM15 juta daripada kerajaan Selangor ketika menjadi penasihat ekonominya.

“Anwar dan Muhyiddin berharap perkara ini tidak dijadikan bahan yang boleh menggangu-gugat kesejahteraan dan kestabilan awam serta keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman negara,” kata Anwar dan Muhyiddin lagi. -airtimes.my

#semasa #Muhyiddin #Anwar

Related Articles

Leave a Reply