Home SemasaGlobal Minyak masak paket terapung di perairan Indonesia bukan dari Malaysia

Minyak masak paket terapung di perairan Indonesia bukan dari Malaysia

by Air Times News Network

JAKARTA, 5 Ogos – Kementerian Perdagangan Indonesia (Kemendag) memaklumkan, ratusan minyak masak peket yang ditemukan terapung di perairan Riau, Indonesia adalah disebabkan oleh kemalangan kapal kargo pengangkut bahan keperluan asas.

Memetik portal berita Detik.com melaporkan, Ketua Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Syailendra berkata, kemalangan tersebut menyebabkan minyak masak peket berjenama ‘Fortune’ jatuh ke dalam laut.

Dalam pada itu, Syailendra turut mengirimkan sebuah video kepada Detik.com mengenai nahas kapal kargo Aneka Maju yang terjadi di Selat Malaka, perairan Riau.

“Itu bukan di Laut Jawa, itu di Riau. Jadi memang kemalangan. Saat ini masih dicek (diperiksa),” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai penemuan ratusan paket minyak masak terapung di perairan Indonesia dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Semalam, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya belum menerima sebarang bukti bahawa minyak masak paket yang terapung di perairan Indonesia yang tular di media sosial merupakan minyak masak bersubsidi dari Malaysia.

Sehubungan itu, Annuar menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat andaian sehingga berita tersebut dapat disahkan pihak yang mempunyai autoriti. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply