PULAU SEBATIK, 22 Jul – Seramai 6 individu termasuk 2 rakyat Malaysia dan 1 warga China ditahan oleh Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI AL) di Nunukan, Kalimantan Utara.
Mereka ditahan bersama 3 rakyat Indonesia kerana melakukan aktiviti yang mencurigakan di kawasan tersebut.
Menurut Ketua Seksyen Perisikan dan Tindakan Imgresen Nunukan, Reza Pahlevi menyatakan mereka ditahan setelah pemeriksaan petugas keselamatan mendapati telefon bimbit salah seorang individu mengandungi gambar lokasi tentera Indonesia.

Antara bukti yang dipamerkan oleh pihak berkuasa Indonesia. Foto: Media Indonesia
“Pihak kami telah mengekori mereka sehingga melakukan pemeriksaan bersama TNI AL,” kata Reza yang dipetik oleh media Indonesia.
Jelas beliau, 2 rakyat Malaysia dan seorang warga China telah memasuki Indonesia pada 20 Julai lalu dan tiba dari Tawau dengan menggunakan kapal Kaltara Express. Ketiga-tiga individu terbabit telah diserahkan kepada pihak imigresen Indonesia di Nunukan.
Mereka telah menyatakan sedang melaksanakan pemantauan lokasi bagi tujuan projek pembangunan jambatan penghubung Indonesia-Malaysia.
“Semasa melakukan pemeriksaan, terdapat beberapa pelan pembangunan yang berkaitan dengan projek pembinaan jambatan,
“Setelah disiasat, kami mendapati mereka ini adalah kontraktor pembinaan. Mereka sedang merancang pembangunan jambatan itu sebelum dijual kepada kerajaan Malaysia dan belum ada perbincangan antara kerajaan (Malaysia-Indonesia),” katanya.
Beliau mengatakan idea pembangunan jambatan tersebut adalah idea yang dirancang oleh ketiga-tiga individu terbabit dan akan disampaikan kepada kerajaan Malaysia.
Reza menyatakan ketiga-tiga individu terbabit tiba di Indonesia untuk melakukan pemantauan dan pemetaan di beberapa lokasi di Pula Sebatik. Mereka telah melawat Kampung Lodres dan penanda sempadan antarabangsa 3 Aju Kuning, dan Pelabuhan Sei Nyamuk. Kemudian mereka melintasi pos Marinir Sebatik.
Beliau menegaskan kegiatan sebegini memerlukan visa khusus. Namun, 2 rakyat Malaysia dan warga China yang ditahan telah melanggar peraturan visa Indonesia.
“Sekiranya mereka didapati melanggar peraturan visa, ianya sudah tentu melanggar undang-undang negara. Sepatutnya mereka memohon visa lawatan bagi tujuan perniagaan atau perbincangan perniagaan,” ujar beliau.
Sehingga kini, pihak berkuasa imigresen Indonesia masih belum memutuskan sama ada untuk mendakwa ketiga-tiga individu terbabit di mahkamah atau melakukan penghantaran pulang dengan segera.

2 warga Malaysia dan seorang rakyat China ditahan oleh TNI AL kerana melakukan aktiviti mencurigakan di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia. Foto: Media Indonesia
Pihak Kantor Imigrasi Nunukan belum memutuskan sanksi yang diberikan bagi ketiga warga negara asing ini. Namun, sanksi pidana atau sangsi adimistrasi berupa deportasi cekal kemungkinan bisa dikenakan kepada ketiganya.
“Saat ini belum diputuskan kepala kantor, apakah menggunakan jalur pidana atau sanksi adminstratif berupa deportasi atau cekal. Saat ini masih kita godok jadi belum kami kasih kesimpulan dari pemeriksaan,” ujar Reza.
Sementara itu, agensi Kompas memetik kenyataan Komandan Satuan Tugas Marinir (Dantgasmar) Ambalat XXVIII Kapten Marinir Andreas yang menjelaskan keenam-enam individu yang ditahan disyaki melakukan pengintipan.
Identiti 2 rakyat Malaysia serta 1 warga China yang ditahan adalah Leo Bin Simon (40), Ho Jin Kiat (40), dan Bai Jidong (45). – airtimes.my
