Home Pertahanan dan Keselamatan Zamrose terima pengkitirafan tertinggi National Defence of Thailand

Zamrose terima pengkitirafan tertinggi National Defence of Thailand

by Air Times News Network

BANGKOK, 22 Jul – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain telah menerima Anugerah Pencapaian Tertinggi National Defence College of Thailand, semalam.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam hantaran di media sosialnya berkata, penganugerahan ini diberikan kepada Zamrose yang merupakan Alumni Kelas 51 kerana telah berjaya mencapai tahap tertinggi dalam perkhidmatan apabila dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Malaysia Ke-28.

“Pencapaian kerjaya Zamrose ini telah menjadi kebanggaan kepada warga National Defence College Thailand dan menjadi inspirasi kepada mereka,

“Anugerah ini telah disampaikan oleh Commanding General National Defense Studies Institute, General Siravuth Wongkantee, di satu majlis khas, Highest Achievement National Defence College Award, yang diadakan di Auditorium National Defence College of Thailand,” katanya.

National Defence College yang ditubuhkan pada tahun 1955, telah mula menerima penuntut antarabangsa sejak tahun 2003, dan Tan Sri PTD merupakan penerima pertama bagi anugerah tertinggi ini.

Kecemerlangan Zamrose ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama yang sangat baik antara TDM dan Royal Thai Armed Forces (RTAF). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply