Home Semasa Pemuda UMNO bertegas mahu Crackhouse Comedy Club ditutup terus

Pemuda UMNO bertegas mahu Crackhouse Comedy Club ditutup terus

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Jul – Pemuda UMNO tetap berpendirian tegas mahu Crackhouse Comedy Club perlu ditutup terus.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kelab ini telah membenarkan bersiri-siri lawak jenaka dan komedi yang menyindir, meremeh serta memperlekeh Islam.

Menurutnya, lawak dan komedi di pentas kelab ini juga berterusan secara halus mempersendakan kaum tertentu.

“Isu Crackhouse Comedy Club bukan hanya melibatkan perbuatan seorang wanita sahaja. Cubalah tengok di Youtube.

“Bukan sekali dua tapi bersiri-siri lawak jenaka dan komedi yang menyindir, meremeh serta memperlekeh Islam. Ia juga secara halus mempersendakan kaum tertentu berterusan diadakan melalui pentas kelab ini,” katanya dalam hantaran di media sosialnya, hari ini.

Asyraf Wajdi turut mempersoalkan, apakah kita rela kesucian agama Islam dipersendakan sewenangnya atas nama hiburan, kebebasan bersuara ataupun seni jenaka.

“Apa keperluan buat perbandingan dangkal dengan mengaitkan dan disamakan pula dengan pendekatan ceramah agama?,

“Pemuda UMNO tetap berpendirian tegas, kelab ini wajib ditutup terus!,

“Apa-apapun tahniah buat pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana pantas bertindak dengan menyita premis tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, isu kelab ini tercetus apabila satu video tular di media sosial berdurasi 54 saat yang mempaparkan seorang wanita bertudung dan mengaku menghafaz 15 juzuk Al-Quran, membuka tudung dan pakaiannya di dalam persembahannya di kelab tersebut.

Suspek, Siti Amira Abdullah telah dihadapkan ke mahkamah semalam dan dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply