Home Semasa Apa jadi dengan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi? – Syed Saddiq

Apa jadi dengan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi? – Syed Saddiq

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Jul – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan kewujudan dan fungsi Pesukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jun lalu.

Beliau berkata, sehingga kini pasukan yang diketuai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa itu masih belum menunjukkan hasil gerak kerja dalam menangani masalah inflasi dan kenaikan harga barang.

“Pasukan Khas yang diumumkan kerajaan pada hujung bulan Jun ini masih belum mengeluarkan apa-apa rangka kerja berkenaan inflasi di Malaysia,

“Rancangan untuk keluar dari krisis inflasi ini – lagilah tak ada,” soal Syed Saddiq dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya pada Khamis.

Malah, katanya, sampai hari ini beliau tidak faham mengapa pasukan yang mahu membendung harga barang itu dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Syed Saddiq juga berkata, beliau tidak ada jawapan mengapa kerajaan perlu menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi sedangkan sudah ada empat jawatankuasa berkaitan harga barang dan kos sara hidup.

“Kita juga tak akan dapat jawapan (inflasi) kenapa sudah ada 4 jawatankuasa berkaitan harga barang dan kos sara hidup, kerajaan tubuh lagi satu pasukan khas,” katanya.

“4 jawatankuasa itu ialah Majlis Tindakan Kos Sara Negara; Majlis Tindakan Pengguna Negara; Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Majlis Pemulihan Negara

Beliau merujuk kepada Majlis Tindakan Kos Sara Negara, Majlis Tindakan Pengguna Negara, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Majlis Pemulihan Negara.

“Apa jadi dengan (majlis-majlis) lain dan mana laporan mereka?” ujarnya.

Pasukan yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa itu turut dianggotai Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Zuki Ali. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply