Home Semasa 4 kampung terjejas banjir, 3 PPS dibuka di Baling

4 kampung terjejas banjir, 3 PPS dibuka di Baling

by Nurulhuda

BALING, 5 Jul – Rentetan kejadian hujan lebat yang berlarutan selama 3 jam tanpa henti telah menyebabkan kejadian banjir kilat di Kampung Iboi, Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang serta Kampung Sedim dan Kampung Jernang di Mukim Bakai.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten Rasidah Kassim berkata, 3 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka malam tadi bagi menempatkan mangsa banjir dari kampung tersebut.

Menurutnya, 3 PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Iboi, Sekolah Kebangsaan Sheik Sheh dan Sekolah Menegah Kebangsaan Jerai.

“Bagaimanapun, katanya jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS tersebut sedang dikemas kini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambahnya, operasi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di kawasan banjir masih giat dijalankan. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply