Home Semasa Tentera turun padang bantu baik pulih kawasan sekolah

Tentera turun padang bantu baik pulih kawasan sekolah

by Air Times News Network

KAPIT, 26 Mei – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menganjurkan Projek Jiwa Murni (PJM) bagi membantu masyarakat setempat dalam membaik pulih tandas dan landskap di sekeliling Sekolah Kebangsaan Sungai Tunoh, Bukit Mabong.

Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, PJM telah dilaksanakan bermula 23 hingga 24 Mei lalu yang melibatkan anggota tetap dan sukarela bersama-sama guru serta Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah tersebut.

PJM ini melibatkan anggota dari Rejimen 510 Askar Wataniah (Rej 510 AW), Kem 9 Bgd, 9 Kompeni Kor Ordnans Diraja dan 9 Woksyop Bgd.

Katanya, PJM kali ini telah memberikan impak besar kepada guru dan murid Sekolah Kebangsaan Sungai Tunoh.

Program ini secara langsung dapat meningkatkan keselamatan dan keselesaan kepada para guru serta pelajar. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply