Home Politik “Sanggup dia tinggalkan Abah’, sindir Najib pada Zuraida

“Sanggup dia tinggalkan Abah’, sindir Najib pada Zuraida

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyindir Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), hari ini.

Beliau berkata, Zuraida sanggup meninggalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai PBM.

“Oh. Sanggup dia tinggalkan Abah. Masuk PKR (Parti Keadilan Rakyat) keluar PKR. Masuk PPBM keluar PPBM. Masuk PBM…,

“Dan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya. Begitulah politik Malaysia. Demi rakyat,” sindir Najib menerusi hantaran di media sosialnya hari ini.

Hari ini, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam satu kenyataan mengumumkan keluar PPBM untuk menyertai PBM.

Katanya, mengenai kedudukannya dalam kabinet, beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk membincangkan perletakan jawatan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply