Home Pertahanan dan Keselamatan 2 penjawat awam khianat seludup 119 Rohingya

2 penjawat awam khianat seludup 119 Rohingya

by Nurulhuda

KEDAH, 26 Mei – Sebuah bot nelayan tempatan ditahan bersama 119 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terdiri daripada etnik Rohingya di perairan Sungai Kedah, pada Selasa lalu.

Turut ditahan adalah 4 lelaki warga tempatan yang bertindak sebagai tekong.

Menurut sumber, kehadiran bot tersebut telah dikesan oleh bahagian risikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Hasil maklumat dari bahagian risikan APMM telah mengesan sebuah vesel dipercayai bot nelayan tempatan kelas C dengan nombor pendaftaran KHF 2626 (BNT) sedang bergerak masuk diperairan Sungai Kedah dalam keadaan mencurigakan,

“Bot PERKASA 1224 diaturgerakkan untuk tindakan merapat dan membuat pemeriksaan ke atas vesel bot nelayan tersebut,

“Pihak kami mendapati terdapat 4 orang lelaki dewasa berbangsa Melayu berada di atas bot nelayan itu,

“Hasil awal pemeriksaan mendapati bot nelayan itu membawa 119 PATI disyaki etnik Rohingya yang ditempatkan di petak ikan bot nelayan tersebut,” jelasnya.

Tambahnya, kesemua PATI berkenaan dan bot telah diiring ke Jeti Zon APMM Kuala Kedah untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Kedah, Komisioner Polis, Wan Hassan Wan Ahmad dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Sungai Kedah.

“Kesemua tangkapan warga tempatan berusia antara 32 hingga 39 tahun dan 2 daripada mereka merupakan penjawat awam,

“Manakala PATI etnik Roghinya yang ditangkap berusia antara 5 hingga 38 tahun yang terdiri daripada 47 lelaki, 32 wanita dan 40 kanak-kanak,” jelasnya.

Beliau menambah, kesemua suspek akan disiasat dibawah Antipermerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM). -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply