Home SemasaGlobal Amerika Syarikat guna khidmat F/A-18 hingga 2030

Amerika Syarikat guna khidmat F/A-18 hingga 2030

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Kor Marin Amerika Syarikat (US Marine Corps, USMC) menyatakan hasrat pasukan itu untuk mengekalkan khidmat jet pejuang F/A-18 sehingga tahun 2030.

Menurutnya, khidmat jet pejuang tersebut amat diperlukan di wilayah Indo-Pasifik.

“Walaupun rancangan operasi F/A-18 di kawasan Pusat Pemerintahan (CENTCOM) telah tamat, Marin akan terus menggunakan keupayaan jet pejuang ini di Indo-Pasifik,” kata USMC dalam satu kertas rancangan aviasi pasukan itu yang diterbitkan pada awal Mei lalu.

Menurutnya, F/A-18 merupakan jambatan kepada peralihan sayap udara USMC kepada F-35.

“Pesawat ini akan mula ditamatkan perkhidmatan pada tahun 2030 apabila perkhidmatan F-35 mula digunakan,” jelasnya.

Pada ketika ini, USMC mempunyai 6 skuadron Hornet dan satu skuadron simpanan.

Sementara itu, 4 skuadron jet pejuang AV-8B Harrier kekal aktif sehingga tamat tahun fiskal 2022. – airtimes.my

Notis peringatan: Artikel dan berita eksklusif Air Times News Network tidak dibenarkan untuk diulang terbit, ulang siar, dan dicetak. Penggunaan sebagai konten Youtube termasuk skrip turut dilarang sama sekali.  Sila hubungi pihak Air Times untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

Related Articles

Leave a Reply