Home Pertahanan dan Keselamatan Cubaan seludup keluar 200 liter minyak petrol gagal

Cubaan seludup keluar 200 liter minyak petrol gagal

by Air Times News Network

TUMPAT, 6 Mei – Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 telah menggagalkan cubaan menyeludup 200 liter minyak petrol di Pengkalan Kubor, semalam.

KPDNHEP dalam satu hantaran media sosialnya berkata, minyak petrol berkenaan telah ditahan bersama sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia serta disyaki cuba untuk menyeludup ke negara jiran.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kenderaan tersebut telah diubah suai dibahagian belakang kerana terdapat tangki tambahan disyaki untuk digunakan bagi tujuan menyeludup dan mengaburi mata pihak berkuasa,

“Kes dihasilkan dalam Operasi Bersepadu Membanteras Penyeludupan Barang Kawalan sekitar sempadan negara dan kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” jelas hantaran itu.

KPDNHEP menjelaskan, kesemua barang dan kenderaan tersebut telah disita. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM15,471.50. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply