if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Thailand tangkap 14 warga Myanmar cuba masuki Malaysia

Thailand tangkap 14 warga Myanmar cuba masuki Malaysia

by M.Daim

BANGKOK, 6 Mei – Cubaan 14 warga Myanmar cuba memasuki Malaysia melalui Thailand gagal selepas mereka ditahan oleh pasukan tentera negara itu.

Kejadian berlaku pada awal pagi Khamis di wilayah Sadao.

“Kesemua warga Myanmar yang cuba memasuki Malaysia dikesan bersembunyi dalam hutan di kawasan perkampungan Dan Nok,

“Mereka telah memasuki Thailand secara haram dan sedang menunggu seseorang untuk dibawa merentasi sempadan,” kata laporan Bangkok Post.

Menurutnya, kumpulan terbabit merangkumi 10 orang lelaki dan 4 wanita. Mereka didakwa berasal dari Yangon dan Rakhine.

“Kesemua warga Myanmar mendakwa mereka telah membayar kira-kira 30,000 Baht (RM3,800) kepada seorang individu yang dikatakan seorang broker pekerjaan,

“Mereka telah memasuki Thailand secara haram melalui perjalanan bot dari Kawthaung ke Ranong,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply