Home SemasaCOVID-19 ragut hampir 15 juta nyawa – WHO

COVID-19 ragut hampir 15 juta nyawa – WHO

by M.Daim
A+A-
Reset

GENEVA, 6 Mei – Pertubuhan kesihatan Dunia (WHO) hari ini menyatakan hampir 15 juta nyawa menjadi korban akibat wabak pandemik COVID-19 semenjak 2020.

Menurutnya dalam satu kenyataan, angka tersebut merupakan anggaran untuk tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021.

“Jumlah kematian yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan pandemik COVID-19 antara 1 Januari 2020 dan 31 Disember 2021 adalah kira-kira 14.9 juta

“Angka kematian tinggi dicatatkan di kawasan Asia Tenggara, Eropah dan benua Amerika,” katanya.

Jelas WHO, kematian yang dikaitkan secara tidak langsung dengan COVID-19 berlaku apabila pesakit yang mempunyai masalah kesihatan tidak mendapat rawatan sewajarnya berikutan bebanan sistem perubatan yang melampau semasa wabak melanda.

Sementara itu, Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan data ini memberi kesedaran kepada semua pihak untuk memiliki sistem kesihatan yang kukuh.

“Data sebegini bukan sahaja menunjukkan kesan pandemik tetapi membuka mata kepada semua negara untuk mempertingkatkan mutu sistem kesihatan mereka,

“Ini amat diperlukan semasa krisis,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply