Home Politik Debat Najib-Anwar 12 Mei di lokasi baharu

Debat Najib-Anwar 12 Mei di lokasi baharu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak akan diadakan di lokasi baharu pada 12 Mei ini.

Dalam kenyataan bersama oleh pejabat Anwar dan Najib yang dikongsikan oleh Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memilih lokasi penganjuran di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur.

“Ia tetap diadakan pada 9 malam pada 12 Mei ini,” katanya di akaun media sosial rasmi beliau.

Sebelum ini, Debat Perdana Anwar-Najib dijadualkan akan berlangsung di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya.

Debat ini juga akan disiarkan oleh media rasmi yang akan diumumkan kemudian. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply