Home SemasaGlobal Petugas perubatan Mariupol minta pertolongan dari Erdogan

Petugas perubatan Mariupol minta pertolongan dari Erdogan

by M.Daim

KYIV, 6 Mei – Seorang petugas perubatan di Mariupol merayu dan memohon pertolongan dari Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan untuk membantu proses membawa keluar penduduk yang masih terperangkap di bandar itu.

Rayuan disuarakan oleh seorang doktor berbangsa Crimea Tartar melalui satu video yang dikongsikan oleh bekas jurucakap Presiden Ukraine.

“Saya tidak ingat peperangan ini sudah berlangsung untuk hari ke berapa. Yang pasti mereka yang di sini sedang bergelumang nyawa,

“Ada yang tercedera akibat peluru, ada yang diancam kebuluran dan mereka yang cedera pula tidak mempunyai bekalan perubatan,” kata individu terbabit.

Petugas perubatan etnik Tartar Crimea minta pertolongan Erdogan untuk bawa keluar mangsa perang di Mariupol.

Menurut lelaki terbabit, beliau merupakan pelajar perubatan sebelum krisis Ukraine-Rusia berlaku dan kini memberikan rawatan kepada mereka yang tercedera di Azovstal.

“Saya adalah etnik Tatar Crimea dan merupakan seorang Muslim,” katanya.

Jelasnya, beliau tidak mempunyai pilihan lain kecual merayu kepada Erdogan.

“Turki dan Ukraine mempunyai hubungan yang rapat. Erdogan dan Turki mempunyai pengaruh yang kuat dalam geopolitik di rantau ini,

“Kami di sini tidak tahu kepada siapa untuk hubungi melainkan Erdogan,” ujarnya.

Azovstal merupakan kawasan industri yang menjadi kubu terakhir pasukan Tentera Ukraine dan juga Azov Battalion.

Selain daripada itu, kawasan ini juga menjadi tempat perlindungan penduduk setempat dari terperangkap dalam pertempuran sengit antara Ukraine dan Rusia semenjak Februari lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply