JERUSALEM, 6 Mei – Tiga warga Israel maut dalam satu insiden serangan di bandar Elad, timur Tel Aviv, lewat malam Khamis.
Menurut pasukan keselamatan Israel, seramai 4 lagi cedera ditikam dalam serangan yang didakwa didalangi oleh 2 rakyat Palestin.
Serangan ini merupakan serangan ke-5 yang berlaku berlaku di Israel. Sehingga kini, 18 warga Israel dan 30 rakyat Palestin maut dalam siri pertelingkahan antara kedua-dua pihak yang tercetus semenjak April lalu.
Kejadian terbaharu ini sekaligus memberi gambaran situasi semasa antara Israel-Palestin yang kian meruncing berikutan siri pertelingkahan di Al-Aqsa.
Agensi media Palestin, WAFA yang memetik kenyatan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang mengutuk serangan tersebut.
“Pembunuhan rakyat biasa dari Palestin mahupun Israel akan menyebabkan situasi menjadi lebih buruk dan menghalang usaha ke arah keamanan,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Hamas, Hazem Qassem menegaskan Israel akan dihukum dengan apa yang telah berlaku di Masjid Al-Aqsa.
“Operasi di Tel Aviv merupakan terjemahan secara jelas kepada amaran yang telah dikeluarkan sebelum,” kata Hazem.
Terdahulu, satu pergelutan berlaku antara polis Israel dan rakyat Palestin di kawasan perkarangan Masjid Al-Aqsa.
Menurut pasukan Bulan Sabit Merah Palestin, seramai 2 warga Palestin telah dibawa ke hospital berikutan kecederaan yang dialami oleh mereka dalam pergelutan tersebut. – airtimes.my