Home Semasa 2 juta penerima Sinovac bakal hilang status lengkap 1 April ini

2 juta penerima Sinovac bakal hilang status lengkap 1 April ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Dianggarkan 2 juta penerima vaksin Sinovac yang tidak mengambil dos penggalak berisiko untuk hilang status vaksinasi lengkap mereka pada 1 April ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, penerima Sinovac yang belom menerima dos penggalak tidak dianggap sebagai vaksin penuh jika mereka berhasrat mengunjungi Singapura kelak.

“Mengikut unjuran kita untuk seminggu lagi, Kementerian Kesihatan unjurkan bahawa mungkin akan ada 2 juta penerima vaksin berisiko hilang status vaksinasi lengkap mereka pada 1 April,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen, pada Khamis.

Sebelum ini, tempoh untuk mendapatkan dos penggalak bagi penerima vaksin itu sebelum status vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera dinyatakan sebagai tidak lengkap berakhir 28 Febuari lepas, sebelum ia dilanjutkan kepada 31 Mac ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, bagi menggalakkan penerima vaksin jenis itu mendapatkan suntikan penggalak, perbincangan dengan Singapura juga turut dilakukan susulan persetujuan kedua-dua negara membenarkan pengembara lengkap vaksinasi merentas sempadan darat tanpa menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19.

“Saya bincang perkara ini dengan Menteri Kesihatan Singapura, mereka (Singapura) juga menganggap divaksinasi sepenuhnya untuk Sinovac (penerima) sebagai tiga dos (termasuk penggalak), jadi jika anda ingin menikmati perjalanan ke Singapura, tanpa kuarantin, anda tahu apa yang perlu dilakukan,” jelasnya.

Pengecualian kuarantin dan ujian COVID-19 bagi perjalanan darat Malaysia-Singapura itu turut merangkumi ujian prapelepasan dan semasa ketibaan bermula 1 April ini.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply