Home Pertahanan dan Keselamatan ATM cekup seorang PATI Indonesia ingin berniaga di Tawau

ATM cekup seorang PATI Indonesia ingin berniaga di Tawau

by Nurulhuda

TAWAU, 25 Mac – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) telah mematahkan cubaan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia yang ingin menyusup masuk ke negara ini melalui perairan Tawau, pada Rabu.

MK ATB 2 dalam kenyataan berkata, tangkapan ini adalah hasil pengesanan awal sebuah bot laju berada dalam keadaan mencurigakan yang dikesan oleh Radar Coastal Surveillance Station (CSS) berhampiran Tawau, bergerak dari arah Pulau Sebatik menuju ke Batu 3, pada jam 11.23 malam.

“Hasil tinjauan Tim Quick Reaction Force (QRF), bot laju berkenaan digunakan bagi tujuan pemerdagangan PATI tersebut telah beredar setelah selesai mendaratkan PATI dan memunggah barang-barang milik PATI ke dalam sebuah lori muatan jenis bonded bewarna putih,

“Lori berkenaan telah ditahan berdekatan Stesen minyak Petron di simpang masuk Kampung Batu 3, Jalan Apas, Tawau,” jelas MK ATB dalam satu kenyataan pada Khamis.

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati 3 lelaki berada dalam kenderaan tersebut termasuk 2 daripadanya agen daratan warga tempatan berusia dalam lingkungan 20 tahun.

“Manakala seorang lagi lelaki dewasa merupakan PATI warganegara Indonesia berusia 44 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah cuba memasuki Malaysia secara haram melalui perairan Tawau,

“PATI tersebut ditemui bersama barang persendirian yang dibawa dari Pulau Sebatik dipercayai bagi tujuan berniaga,” tambahnya.

Hasil pemeriksaan mendapati lori tersebut telah membawa sebanyak 13 kotak gula merah, 5 guni beras pulut hitam dan satu guni pakaian milik PATI tersebut.

“Kesemua barangan tersebut dimaklumkan untuk dijual di pasaran Tawau,

“2 agen daratan dan seorang PATI beserta kesemua barang rampasan tersebut telah diserahkan kepada IPD Tawau untuk siasatan serta tindakan lanjut,” jelas kenyataan itu. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply