Home Semasa Bayaran caruman kerajaan: LTAT akan patuhi keputusan Kementerian Kewangan

Bayaran caruman kerajaan: LTAT akan patuhi keputusan Kementerian Kewangan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini menyatakan pihaknya akan mematuhi keputusan Kementerian Kewangan tentang pembayaran caruman kerajaan.

LTAT dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil maklum tentang penemuan Laporan
Ketua Audit Negara 2021 (LKAN).

Laporan tersebut menyatakan pihak LTAT tidak memulangkan caruman Kerajaan dari 2018 – 2020 berjumlah RM695.05 juta kepada Kumpulan Wang Disatukan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 9 (3) Akta 101.

“Sejak penubuhan LTAT pada tahun 1973, semua caruman kerajaan sentiasa dikembalikan kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen,

“Dengan penubuhan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) pada tahun 2007, bererti semua kuasa, fungsi, aktiviti, aset dan liabiliti Kumpulan Wang Amanah Pencen telah diberikan kepada KWAP,

“Oleh itu, berdasarkan surat yang diterima daripada KWAP pada 2007, semua caruman kerajaan, termasuk yang dibuat dari tahun 2018 hingga 2020 daripada 9,542 pencarum pencen LTAT berjumlah RM695.05 juta telah dikembalikan kepada KWAP,” kata kenyataan itu.

Pada masa yang sama, LTAT menyatakan pihaknya telah memohon panduan daripada Kementerian Kewangan berkenaan sebarang pembayaran caruman kerajaan pada masa hadapan.

“Ini kerana KWAP dan Kumpulan Wang Disatukan adalah entiti kerajaan di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply