Home Pertahanan dan Keselamatan Prasarana, PERHEBAT tawar ruang sewaan kiosk di stesen LRT untuk veteran tentera

Prasarana, PERHEBAT tawar ruang sewaan kiosk di stesen LRT untuk veteran tentera

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), melalui anak syarikatnya, Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) telah menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) untuk memberi tawaran istimewa kepada veteran tentera bagi menyewa kiosk perniagaan di stesen LRT.

Prasarana dalam satu kenyataan berkata, tawaran perniagaan ini untuk menyuntik keceriaan di stesen LRT dan pengalaman pelanggan serta menyokong veteran tentera meningkatkan tahap kehidupan mereka.

“Usaha ini juga merupakan salah satu inisiatif dalam memartabatkan perusahaan mikro di arena perniagaan yang semakin mencabar selaras dengan agenda Keluarga Malaysia,

“PERHEBAT memperkenalkan program VETERANiaga: Ruang Niaga @ Stesen LRT dengan menyediakan 145 ruang niaga di 21 stesen LRT terpilih dengan diskaun khas istimewa kepada veteran tentera khususnya mereka yang tinggal di Lembah Klang,” katanya.

Menurutnya, program ini berkonsepkan ‘menang-menang’, Prasarana berharap untuk dikembangkan kepada persatuan-persatuan lain untuk menyemarakkan lagi aktiviti komersial dan pertumbuhan ekonomi di Lembah Klang, yang terjejas akibat wabak COVID-19.

“Pihak kami amat berterima kasih kepada PERHEBAT atas kerjasama ini dan berharap veteran tentera akan mengambil peluang keemasan ini,

“Program ini adalah sumbangan Prasarana untuk membantu veteran tentera, yang telah banyak menabur bakti kepada negara di samping bagi menyemarakkan Industri Kecil dan Sederhana (SME),” jelasnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply