KUALA LUMPUR, 24 Jan – Jurucakap Tentera Yaman, Brigedier Jeneral Yahya Saree hari ini mengesahkan serangan peluru berpandu balistik dan UAV telah dilancarkan oleh Houthi terhadap Arab Saudi serta UAE.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, serangan tersebut dilancarkan terhadap sasaran penting di kedua-dua negara.
“Peluru berpandu balistik Zulfaqar dan UAV (Samad-3) telah dilancarkan terhadap Pangkalan Udara Al Dhafra dan beberapa sasaran lain di Abu Dhabi,
“Serangan turut dilancarkan ke Arab Saudi,” katanya.
Menurut beliau, serangan peluru berpandu balistik, UAV Samad-1 dan Qasef-2 terhadap Arab Saudi disasarkan terhadap beberapa lokasi penting serta sasaran ketenteraan.
Tegasnya, pihak Houthi akan terus melancarkan serangan terbaharu di masa hadapan.
Terdahulu, Kementerian Pertahanan UAE mengesahkan 2 peluru berpandu balistik telah berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara negara itu pada pagi Isnin. – airtimes.my