PUTRAJAYA, 24 Jan – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 9 Februari (Rabu) bagi menetapkan perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
SPR dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Datuk Abdul Ghani Salleh, Pengerusi SPR,
“Mesyuarat akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Johor seperti tarikh Writ Pilihan Raya,Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” kata Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak.
Menurut beliau, SPR telah menerima notis pembubaran Dewan Negeri Johor secara rasmi pada 23 Januari.
Jelasnya, pilihanraya akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran mengikut Fasal (4) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895. -airtimes.my