KUALA LUMPUR, 24 Jan – Kapal induk pengangkut pesawat, USS CARL VINSON (CVN70) dan USS ABRAHAM LINCOLN (CVN72) mula melaksanakan operasi secara bersama di Laut China Selatan.
Pengoperasian secara bersama ini sekaligus menandakan kehadiran kedua-dua Carrier Strike Group (CSG) Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) di perairan itu.
Kedua-dua CSG ini akan melaksanakan operasi bersama bagi mempertingkatkan komunikasi dan kemahiran serta operasi tempur di kawasan laut.
Difahamkan operasi ini dilaksanakan mengikut undang-undang di kawasan perairan antarabangsa.
Sebelum ini, kedua-dua kapal induk kelas Nimitz tersebut telah melaksanakan latihan bersama dengan Pasukan Pertahanan Maritim Jepun (JMSDF) di perairan Laut Filipina pada 22 Januari lalu. – airtimes.my