Home SemasaGlobal Warga emas tanpa vaksin korban pertama Omicron di Singapura

Warga emas tanpa vaksin korban pertama Omicron di Singapura

by M.Daim

SINGAPURA, 22 Jan – Wanita berusia 92 tahun tanpa vaksin menjadi korban pertama Omicron di Singapura.

Beliau disahkan meninggal dunia pada Khamis lalu.

Menurut media Singapura yang memetik kenyataan pihak berkuasa kesihatan negara itu berkata, mangsa meninggal dunia 10 hari selepas dijangkiti varian itu.

“Pesakit tidak mempunyai sebarang rekod vaksinasi dan juga tiada sebarang rekod latar belakang perubatan,

“Berdasarkan siasatan oleh pihak doktor, mangsa disahkan meninggal dunia akibat Omicron,” kata laporan itu yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura.

Semalam, kerajaan Singapura menyatakan negara itu berkemungkinan akan berdepan dengan gelombang COVID-19 berikutan penularan Omicron dalam komuniti. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply