Home SemasaGlobal Serangan udara Arab Saudi: Talian internet Yaman terputus

Serangan udara Arab Saudi: Talian internet Yaman terputus

by M.Daim

SANAA, 22 Jan – Talian internet di Yaman terjejas selepas serangan udara dilancarkan oleh tentera bersekutu yang diketuai oleh Arab Saudi.

Serangan udara dilancarkan di bandar pelabuhan Al-Hudaidah telah mengenai  sebuah pusat telekomunikasi utama di negara itu.

“Bandar Hudaydah merupakan pusat kabel internet dasar laut yang membekalkan talian perkhidmatan itu kepada Yaman,

“Ini akan menyebabkan gangguan penyampaian maklumat sebenar di lapangan,” lapor laman web NetBlocks.

Menurutnya, gangguan tersebut berlaku selepas serangan udara pada Jumaat malam.

Tentera bersekutu diketuai Arab Saudi telah mempertingkatkan serangan udara terhadap beberapa lokasi di Yaman selepas Houthi melancarkan serangan Operasi Badai Yaman terhadap UAE.

Dalam operasi tersebut, Abu Dhabi telah diserang dengan menggunakan peluru berpandu balistik dan peluru berpandu kruis yang dilancarkan dari Yaman.

Serangan tersebut telah mengenai terminal minyak dan kawasan lapangan terbang Abu Dhabi pada 18 Januari lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply