Home Semasa Tempoh pembaharuan lesen, cukai jalan dilanjut hingga 31 Disember

Tempoh pembaharuan lesen, cukai jalan dilanjut hingga 31 Disember

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 3 Sept – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memutuskan untuk memberi pelanjutan tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sehingga 31 Disember ini.

MOT dalam satu kenyataan berkata, selaras keputusan ini, mana-mana pemilik LKM dan LMM yang telah tamat tempoh sah tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 31 Disember ini.

“Pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans yang sah,

“Sijil Perlindungan Insurans (e-cover nota) yang sah perlu dipaparkan dan ditunjukkan bagi tujuaan pemeriksaan,” katanya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, MOT bersetuju untuk membuka semula semua kaunter JPJ di seluruh negara dan PUSPAKOM dengan kapasiti 100 peratus secara ‘walk in’ mulai 6 September ini.

“Antara lain ia bertujuan memastikan orang ramai dapat melaksanakan urusan pembaharuan LKM dan LMM dengan lancer dalam tempoh pelanjutan yang dibenarkan,

“Pelanggan yang ingin berurusan di kaunter JPJ mestilah mendapat vaksinasi lengkap sebagai langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi menjada kesihatan dan keselamatan orang ramai termasuk kakitangan yang bertugas,

“Pada masa yang sama, pelawat juga perlu menunjukkan status Risiko Rendah COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya pada sidang media, hari ini.

Menurutnya, mulai 6 September ini, JPJ akan menghentikan sistem janji temu dalam talian untuk memberi sokongan kepada pelanggan yang menerima vaksinasi lengkap untuk berurusan di kaunter JPJ.

“Orang ramai digalakaan menggunakan perkhidmatan dalam talian menerusi portal mySIKAP JPJ atau melalui Pos Malaysia, MyEG, PUSPAKOM untuk membuat apa-apa transaksi JPJ yang berkaitan.

“Ini bertujuan mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ serta memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramaidalam membuat transaksi pembaharuan LKM dan LMM,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply