Home SemasaGlobal Kanak-kanak Israel maut disengat obor-obor

Kanak-kanak Israel maut disengat obor-obor

by M.Daim

BANGKOK, 30 Ogos – Seorang kanak-kanak 9 tahun warga Israel dilaporkan maut selepas terkena sengatan obor-obor di kawasan pelancongan di selatan Thailand.

Li Yam Levi, 9 tahun maut akibat sengatan obor-obor kotak (Box Jellyfish) di Pantai Had Rin, Koh Phangan, Sabtu lalu.

Media Thailand melaporkan mangsa terkena sengatan haiwan laut berbisa tersebut ketika berada di luar jaringan kawasan perlindungan.

“Mangsa menerima sengatan di tangan kanan dan kaki oleh obor-obor. Ayah mangsa yang terdengar jeritan telah menggunakan cuka untuk merawat kecederaan anaknya ketika menunggu ambulan,

“Levi disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Antarabangsa Phangan,” lapor media Thailand.

Pengunjung pantai Had Rin telah diberikan peringatan berhubung keadaan semasa kawasan pantai.

“Langkah berjaga-jaga diambil di kawasan pantai berikutan kehadiran obor-obor pada sekitar Ogos hingga November,” kata laporan itu.

Menurutnya, Levi merupakan mangsa ketiga yang maut dalam tempoh 7 tahun akibat sengatan obor-obor di kawasan pantai itu.

Pada tahun 2014, seorang kanak-kanak warga negara Perancis berusia 5 tahun maut akibat terkena sengatan obor-obor.

Pada tahun 2015, seorang wanita Thailand meninggal dunia selepas disengat obor-obor di bahagian lengan di kawasan pantai yang sama.

Obor-obor Kotak merupakan antara spesis obor-obor berbisa yang boleh membawa maut. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply