Home Semasa COVID-19: Angka jangkitan terus meningkat, 20,780 dicatatkan

COVID-19: Angka jangkitan terus meningkat, 20,780 dicatatkan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Jumlah jangkitan baharu COVID-19 kembali menunjukkan peningkatan dengan mencatatkan sebanyak 20,780 kes hari ini berbanding 19,991 pada Selasa.

Angka tersebut sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara setakat ini sebanyak 1,320,547.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih kekal menjadi negeri yang menyumbangkan kes jangkitan tertinggi dengan mencatatkan 6,921 kes.

Manakala, 7 lagi buah negeri mencatat kes lebih dari 1,000 kes iaitu Kuala Lumpur (2,065); Johor (1,693 kes); Kedah (1,534); Sabah (1,514); Pulau Pinang (1,385); Kelantan (1,284) dan Negeri Sembilan (1,015);

“Selain itu, Perak pula mencatatkan sebanyak 828 kes; Melaka (636); Sarawak (634) Terengganu (613); Pahang (585); Putrajaya (41) dan Labuan (3) kes,” katanya dalam hantaran di media sosial, hari ini.

Jumaat lalu, Malaysia mencatatkan 20,889 kes harian baharu COVID-19, di mana ia merupakan kes tertinggi yang pernah direkodkan sejak penularan wabak ini di dalam negara.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply