PUTRAJAYA, 29 Jun – Angka kes jangkitan baharu COVID-19 di negara ini kembali melebih paras 6,000.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di akaun media sosialnya berkata, sebanyak 6,437 kes baharu direkodkan pada hari ini.
Selangor mencatatkan 2,299 kes sementara Kuala Lumpur 1,361 kes.
“Selain itu ialah Negeri Sembilan mencatatkan sebanyak 700 kes baharu, Kedah (284); Johor (271); Melaka (252); Pahang (250) dan Sarawak (242),
“Perlis pula tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes baharu hari ini,” tambahnya.
Semalam, Malaysia merekodkan sebanyak 5,586 kes baharu dan 5,001 kematian akibat wabak ini. – airtimes.my