KUALA LUMPUR, 27 Jun – Kes jangkitan baharu COVID-19 masih melebihi paras 5,000 untuk 5 hari berturut-turut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan sebanyak 5,586 kes.
Beliau dalam satu hantaran dalam akaun media sosial rasminya menyatakan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 734,048 kes.
Dalam perincian kes, Selangor mencatatkan kes jangkitan baharu yang tertinggi iaitu 2,212 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 628 kes. – airtimes.my