Home Ekonomi Kerana difitnah, Serba Dinamik buat laporan polis

Kerana difitnah, Serba Dinamik buat laporan polis

by M.Daim

SHAH ALAM, 27 Jun – Serba Dinamik Holdings Berhad (Serba Dinamik) hari ini telah membuat satu laporan polis berhubung artikel fitnah yang tular di media sosial.

Laporan telah dibuat oleh Timbalan Presiden Kanan (Keselamatan Siber) SDHB, Leftenan Kolonel (B) Datuk Dr Husin Jazri di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.

Menurut laporan beliau, artikel bertajuk “Serba Dinamik – A Ponzi Scheme?” mengandungi tohmahan dan maklumat tidak benar mengenai SDHB.

“Artikel tersebut mengandungi maklumat yang tidak benar dan berunsur fitnah,

“Ianya juga dilihat bertujuan untuk menimbulkan spekulasi di kalangan pelabur dan orang awam berkenaan saham Serba Dinamik,” katanya.

Tambahnya, laman sesawang klse.3investor.com didapati menerbit dan mengizinkan siaran artikel berunsur fitnah (berniat jahat).

“Laman tersebut telah menerbitkan dan membenarkan siaran artikel bersifat fitnah tanpa menyelidik kesahihan penerbitan tersebut terlebih dahulu,

“Saya memohon pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci terhadap perkara tersebut,” ujarnya.

Saham Serba Dinamik mengalami kejatuhan teruk semenjak lewat Mei lalu berikutan kebocoran laporan audit di alam maya.

Serba Dinamik turut mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat audit KPMG yang didakwa cuai dalam melakukan proses pengauditan sehingga menyebabkan kerugian RM 3 bilion. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply