Home EkonomiMalaysia Airlines catat lebih 200 pertemuan perniagaan di ITB China 2025

Malaysia Airlines catat lebih 200 pertemuan perniagaan di ITB China 2025

by Zulhaizi Rosdi
A+A-
Reset

BEIJING, 30 MEI – Malaysia Airlines (MAS) terus memperkukuh hubungan dua hala dengan China menerusi penyertaan aktif di ITB China 2025, yang menyaksikan lebih 200 pertemuan perniagaan diadakan sepanjang acara tiga hari di Shanghai Mei lalu.

Sepanjang acara itu berlangsung, MAS berjaya mengadakan lebih 200 janji temu perniagaan serta lebih 30 perbincangan peringkat atasan.

Ketua Pegawai Komersial Malaysia Aviation Group, Dersenish Aresandiran berkata, penyertaan syarikat penerbangan itu di ITB China membuka peluang besar untuk memperkukuh hubungan dengan komuniti pelancongan China.

“Pihak kami akan terus menumpukan usaha kepada pengoptimuman rangkaian laluan serta inovasi digital yang disokong oleh Malaysian Hospitality,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam ITB China 2025, MAS turut mengetengahkan program MHcorporate yang menawarkan penyelesaian perjalanan korporat, termasuk MHcorporate MARINE bagi sektor maritim dan tenaga serta MHcorporate EVENTS untuk acara persidangan dan pameran.

Program MHexplorer yang disasarkan kepada pelajar berusia 13 hingga 26 tahun turut mendapat perhatian meluas dengan tawaran diskaun tambang, elaun bagasi tambahan dan aturan perjalanan yang fleksibel.

Selain itu, Malaysia Airlines memperkenalkan pesawat A330neo terbaharu melalui pengalaman realiti maya.

Seiring dengan pendigitalan, Malaysia Airlines turut mempertingkatkan perkhidmatan HarmonyOS yang membolehkan tempahan, daftar masuk dan penggunaan pas masuk digital secara pantas dan lancar.

Pelancong juga boleh menikmati program Bonus Side Trip yang menawarkan persinggahan percuma ke tujuh destinasi menarik di Malaysia seperti Langkawi, Pulau Pinang dan Johor Bahru dalam satu tiket tanpa bayaran tambahan.

Malaysia Airlines juga dijangka melancarkan kempen pemasaran bersama rakan dagang di China serta program latihan korporat yang telah disasarkan.

Syarikat ini kekal komited memperluas kerjasama dua hala, pertumbuhan penumpang dan pertukaran kargo antara kedua-dua negara. -airtimes.my

#MalaysiaAirlines #China #ITBChina2025  #Malaysia #airtimes

Related Articles

Leave a Reply