Home Ekonomi Trump kenakan tarif tambahan 50 peratus ke atas China

Trump kenakan tarif tambahan 50 peratus ke atas China

by Zulhaizi Rosdi

WASHINGTON, 8 APRIL – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini telah mengenakan tarif tambahan sebanyak 50 peratus ke atas barangan dari China.

Tarif tambahan ini dibuat susulan tindakan balas terhadap China yang mengumumkan cukai 34 peratus terhadap produk AS.

Trump sebelum ini telah mengenakan tarif sebanyak 34 peratus ke atas barangan China sebagai sebahagian daripada penetapan dasar tarif AS sebanyak 10 peratus yang dikenakan terhadap semua negara.

Dalam catatan media sosial pada Isnin, Trump memberi tempoh 24 jam kepada Beijing untuk membatalkan tindakan balasnya atau menghadapi tarif tambahan 50 peratus.

“Semalam, China mengenakan tarif balas sebanyak 34 peratus, di atas tarif tinggi sedia ada, subsidi haram terhadap syarikat-syarikat serta manipulasi mata wang yang berlarutan sejak sekian lama, walaupun saya telah memberi amaran.

“Washington akan menamatkan semua rundingan dengan China berhubung permintaan Beijing untuk mengadakan pertemuan,” katanya.

Menurut Trump, Washington akan memulakan rundingan dengan mana-mana negara yang tidak bertindak balas terhadap dasar tarif AS.

Kedutaan China di AS kemudiannya menuduh Washington sebagai pembuli ekonomi dan menegaskan bahawa Beijing berhak melindungi hak dan kepentingannya.

Tindakan drastik ini menjadikan jumlah keseluruhan tarif baru AS ke atas barangan China mencecah 84 peratus iaitu paras tertinggi dalam sejarah. -airtimes.my

#tarif #cukai #ekonomi #AS #Trump #China #Global #Airtimes

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?