Home Ekonomi Nelayan asing sorok RM1.23 juta syabu dalam tempat simpan ikan

Nelayan asing sorok RM1.23 juta syabu dalam tempat simpan ikan

by Nurulhuda

PELABUHAN KLANG, 1 Feb – Taktik nelayan asing menyembunyikan dadah jenis syabu bernilai RM1.32 juta yang disimpan dalam petak simpanan ikan sebuah bot di jeti nelayan, gagal selepas ditahan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, pada Selasa.

Dalam operasi kira-kira jam 8.30 malam itu, pihak APMM Selangor berjaya merampas dadah seberat 40.3 kilogram (kg) yang dipercayai untuk diseludup ke Indonesia.

Pengarah APMM Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, tindakan dilakukan unit risikan dan pasukan geledah Kapal Maritim (KM) Bagan Datuk yang melaksanakan operasi harian bertindak memeriksa sebuah bot nelayan tempatan kelas C yang berada di jeti nelayan di Sekinchan.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, 3 lelaki bertindak terjun ke dalam air dan melarikan diri manakala, seorang lelaki warga Indonesia berumur 44 tahun dalam pengaruh dadah berjaya ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah,

“Hasil pemeriksaan telah membawa kepada penemuan 2 bungkusan guni yang disimpan dalam petak simpanan ikan di atas bot tersebut. Kedua-dua guni berisi 38 bungkusan teh cina disyaki dadah jenis syabu dipercayai untuk diseludup keluar,” katanya dalam kenyataa, hari ini.

Abdul Muhaimin berkata warga asing, bot serta dadah itu dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Selangor untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.

“Rampasan dadah itu merupakan yang terbesar bagi agensi berkenaan,” ujarnya lagi. -airtimes.my

#keselamatan #APMM #airtimes #Selangor

Related Articles

Leave a Reply